
penggunaan kad kredit kini semakin rancak dengan adanya tawaran-tawaran yang hebat di pasaraya-pasaraya dan juga gedung-gedung terutamanya menjelang puasa nanti. adakah anda seorang pengguna kad kredit? berapa kad yang anda gunakan?
adanya kad kredit merupakan satu kelebihan penggunaan kredit tatkala wang tunai tiada lagi di bank dan di poket. ia juga sering digunakan utk membeli laptop, lcd tv, speaker kereta dan juga barang-barang yang berharga rm 1000 keatas. kenapa? tepuk dada tanya selera..... utk kegunaan , utk melawa, utk melawan org lain. pilihlah. anda tentukan... mungkin utk keperluan atau hobi. adapun begitu terdapat juga skim yang ditawarkan oleh bank iaitu skim 0% interest. jika barangan berharga rm 3000 dan bayaran oleh dibuat selama 36 bulan... anda bahagilah sendiri... 3000/36 = itulah bayaran yang ditetapkan oleh bank. jimat ? .... tak jimat pun...cuma boleh berhutang je.. bayaran minimum murah je kalau guna 1000 bayar 100 je . nnt kiralah sendiri faedah yang dikenakan. nak gi melancong....? gi KK ke KB ke langkawi ke? kenalah ada kad utk tempah tiket air asia. nk tempat barang kat lelong dot com, xpun kat kedai kete online, kenalah ada kad kredit.
keburukan .... jika berhutang perlulah bayar... jika bertangguh membuatkan anda dikenakan denda dan kemudiannya boleh disaman oleh pihak bank. pernah dengar islamic kad kredit... kalau pernah mohonlah kad ini kalau anda perlukan kad kredit. perbezaannya adalah adanya akad dengan pihak bank... cthnya bank islam ... pemberian kredit adalah 4500 ...jualan kepada bank oleh kita 6500 . pendekkan cerita.... klu x boleh bayar faedah yang akan dikenakan hanya akan naik sehingga 6500 lepas tu bank akan berhenti mengenakan faedah. klu x byr jugak ... tunggulah surat saman. pembelian minyak kereta pun tidak digalakkan..kenapa? sbb hari2 nak pakai minyak. sampai bila nak hutang kalau hari-hari pakai? tulah sbbnya stesen minyak pun pandai dah sekarang. 50-50 untung dgn bank.
apapun penggunaan anda, saya x kisah. ' duit lu, duit lu, duit gua,duit gua' pepatah dulu pun kena diubahsuai... tepuk dada tanya iman... belilah yang menjadi keperluan..bukannya utk menunjuk-nunjuk. akhir sekali kalau berhutang silalah bayar.
'barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu.'
sumber gambar: http://sjsandteam.wordpress.com/2008/12/26/