anak ku

Sunday, July 26, 2009

kad kredit ..(kelebihan dan keburukan)




penggunaan kad kredit kini semakin rancak dengan adanya tawaran-tawaran yang hebat di pasaraya-pasaraya dan juga gedung-gedung terutamanya menjelang puasa nanti. adakah anda seorang pengguna kad kredit? berapa kad yang anda gunakan?
adanya kad kredit merupakan satu kelebihan penggunaan kredit tatkala wang tunai tiada lagi di bank dan di poket. ia juga sering digunakan utk membeli laptop, lcd tv, speaker kereta dan juga barang-barang yang berharga rm 1000 keatas. kenapa? tepuk dada tanya selera..... utk kegunaan , utk melawa, utk melawan org lain. pilihlah. anda tentukan... mungkin utk keperluan atau hobi. adapun begitu terdapat juga skim yang ditawarkan oleh bank iaitu skim 0% interest. jika barangan berharga rm 3000 dan bayaran oleh dibuat selama 36 bulan... anda bahagilah sendiri... 3000/36 = itulah bayaran yang ditetapkan oleh bank. jimat ? .... tak jimat pun...cuma boleh berhutang je.. bayaran minimum murah je kalau guna 1000 bayar 100 je . nnt kiralah sendiri faedah yang dikenakan. nak gi melancong....? gi KK ke KB ke langkawi ke? kenalah ada kad utk tempah tiket air asia. nk tempat barang kat lelong dot com, xpun kat kedai kete online, kenalah ada kad kredit.
keburukan .... jika berhutang perlulah bayar... jika bertangguh membuatkan anda dikenakan denda dan kemudiannya boleh disaman oleh pihak bank. pernah dengar islamic kad kredit... kalau pernah mohonlah kad ini kalau anda perlukan kad kredit. perbezaannya adalah adanya akad dengan pihak bank... cthnya bank islam ... pemberian kredit adalah 4500 ...jualan kepada bank oleh kita 6500 . pendekkan cerita.... klu x boleh bayar faedah yang akan dikenakan hanya akan naik sehingga 6500 lepas tu bank akan berhenti mengenakan faedah. klu x byr jugak ... tunggulah surat saman. pembelian minyak kereta pun tidak digalakkan..kenapa? sbb hari2 nak pakai minyak. sampai bila nak hutang kalau hari-hari pakai? tulah sbbnya stesen minyak pun pandai dah sekarang. 50-50 untung dgn bank.

apapun penggunaan anda, saya x kisah. ' duit lu, duit lu, duit gua,duit gua' pepatah dulu pun kena diubahsuai... tepuk dada tanya iman... belilah yang menjadi keperluan..bukannya utk menunjuk-nunjuk. akhir sekali kalau berhutang silalah bayar.

'barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu.'

sumber gambar: http://sjsandteam.wordpress.com/2008/12/26/

2 comments:

HyperFocal said...

Saya langsung xde kad kredit, mmg plan nak ada satu kad dgn bank islam...tp isteri menghalang, katanya saya tak reti nk manage nnti...
entahlah, buat masa skrg masih menahan hasrat...takut jadi apa-apa emergency je nnti...

aja49 said...

Pada siapa yang belum ada kad kredit dan pandai mengurus kewangan peribadi maka janganlah menggunanya.
Saya orang yang dah pencen tidak perlukannya. Semasa berkhidmat dulu banyak ditawarkan untuk guna kad kredit tetapi saya tolak begitu sahaja kerana takut untuk berhutang atas perkara yang boleh dibereskan dengan wang tunai.
Ramai rakan-rakan saya yang terlibat dengan kad kredit akhirnya terpaksa berhutang sana sini untuk menyelesaikan hutang kad kredit.
Orang yang berhutang dengan syarikat kad kredit konvensional sudah pasti terlibat dalam gejala riba yang harm itu.
Sungguh bijak dan licik syarikat/bank yang tawarkan khidmat kad kredit menjerat mangsa mereka dengan umpanan bayar balik secara ansuran dan tidak sepenuhnya. Perkara ini akhirnya ,menjebak ramai pemegang kad kredit dalam lembah kehutangan dan ada yang akhirnya menjadi muflis disaman oleh syarikat/bank yang keluarkan kad kredit itu.
Pada umunya mereka yang mempunyai kad kredit susuah untuk mengawal diri dan mengurus kewangan peribadi. Mereka lebih pentingkan ego dan bangga diri dengan memiliki kad kredit. Pada hakikatnya tidak pandai mengurus kewangan peribadi. Rata-rata kita lihat bahawa kumpulan pemegang kad kredit adalah kumpulan yang tertinggi berhutang di bahawa klasifikasi hutang tak berbayar (non-performing loan) yang dikendalikan statistiknya oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Mungkin atas sebab utama itulah pihak kerajaan telah mengenakan caj tahunan yang tinggi (RM50.00) ke atas pemegang kad kredit untuk mengurangkan kebergantungan kepada gejala kad kredit.