anak ku

Friday, March 20, 2009

makan , tido, ceramah, tugasan

utk disahkan dlm jawatan . salah satu prasyarat adalah
kursus induksi

apakah kursus induksi. = kursus utk menjadi kakitangan awam yang berwibawa dan cekap dlm menjalankan tugas. ( maksud sendiri )

pelajaran =

dasar kerajaan ..... kepada rakan semua yg membaca.... terutama sekali yg sedang menulis ttg ppsmi

ppsmi adalah dasar kerajaan ==== sebagai kakitangan awam kita tidak patut menentang dan memberi komen kepada dasar. jadi segala tulisan diblog terutamanya hindarlah daripada menulis ttg ppsmi.

sapa buat dasar ???? utk kementerian kpm ...... eprd yg buat. dan dibentangkan oleh menteri. bukan dibuat oleh menteri.

keberkesanan = sedang dinilai dan terus dinilai setiap 5 tahun.

jadi apa pun pendapat kawan2 semua. simpan utk diri sendiri sahaja.


saje boring2 ni adalah hasil daripada rajah tulang ikan. apa tu? dalam kmk rujuk cara penyelesaian masalah.

Berikut adalah rajah analisis sebab dan akibat masalah ponteng di sekolah. Rajah 1 menunjukkan langkah 1 iaitu mengenalpasti masalah. Masalah utama yang dikenalpasti adalah masalah ponteng di sekolah. Masalah ponteng ini meliputi ponteng sekolah dan ponteng kelas.

Rajah 2 menunjukkan langkah 2 iaitu menentukan sebab-sebab utama masalah ponteng di sekolah. Sebab-sebab ini dibahagikan mengikut perkara yang berkaitan dengan pelajar ke sekolah iaitu persekitaran, keluarga, sekolah dan juga diri pelajar.

Rajah 3 menunjukkan langkah 3 iaitu sebab-sebab kecil sesuatu masalah itu timbul dikenalpasti dan dimasukkan di bawah sebab-sebab utama. Pada Rajah 4 pula merupakan perincian lagi sebab-sebab yang lebih kecil. Sebab kecil kepada sebab utama “diri sendiri” ialah “sikap pelajar” dan “tidak berminat”. Sebab yang lebih kecil kepada “sikap pelajar” ialah “senang terpengaruh dengan rakan”.

Rajah 4 menunjukkan langkah 4 iaitu secara penuh sebab-sebab utama masalah pelajar ponteng di sekolah bersama sebab-sebab kecil juga sebab lebih kecil. Sebab kecil bagi sebab utama “persekitaran” ialah “lokasi sekolah” dan “suasana kelas”. Sebab kecil bagi sebab utama “Keluarga” ialah “kurang perhatian”,”kurang didikan agama daripada ibu bapa” dan “konflik keluarga”. Sebab kecil kepada sebab utama “Sekolah” ialah “pengkuatkuasaan disiplin yang lemah” dan “pendekatan guru yang kurang menarik”. Sebab kecil kepada sebab utama “diri sendiri” ialah “sikap pelajar” dan “tidak berminat”. Sebab yang lebih kecil kepada “sikap pelajar” ialah “senang terpengaruh dengan rakan”.

Rajah 5 menunjukkan langkah 4 iaitu sebab-sebab sebenar kepada masalah pelajar ponteng di sekolah melalui data-data yang diambil. Data-data yang diambil ditunjukkan pada *****. Sebab sebenar kepada sebab utama “sekolah” adalah “pendekatan guru yang kurang menarik”. Sebab sebenar kepada sebab utama “diri pelajar” adalah “sikap pelajar”. Sebab sebenar kepada “persekitaran” adalah “suasana kelas”. Sebab sebenar kepada sebab utama “keluarga” adalah “konflik”. Sebab sebenar bagi sebab utama ini ditunjukkan pada Rajah 6.


5 comments:

Anonymous said...

hmm, nampak nya kena delete balik lah tentang PPSMI...

mana rajahnya?

cikgu yassir said...

YA... ya,,,, kena delete...

klu x puas hati dan bukan dasar kerajaan tulislah...

radin fatihah husna said...

1. Blog adalah bersifat peribadi yang dibuka untuk dibaca oleh semua. Tak ada masalah untuk setuju, dan tak ada masalah untuk tidak setuju.

2. Yang penting, tugas cikgu untk menyampaikan ilmu. kebetulan, ramai yang salah faham tentang suatu isu, WAJIB bagi cikgu untuk mendidik. Maknanya secara ilmiah, bukan secara emosi (berbekalkan fakta dan dalil). Sekali lagi, tak ada masalah untuk setuju; tak ada masalah untuk tidak setuju.

3. Kursus induksi= persediaan untuk menjadi guru;(dalam konteks Keguruan di Malaysia) dan prasyarat untuk pengesahan jawatan. BUKAN untuk meletakkan indoktrin minda tentang sikap guru dalam masyarakat. Kerja indoktrinasi kenegaraan, kerja BTN pulak... (hahaha).. Tuan jangan salah faham pulak tu...

SELAMAT berinduksi!!

Anonymous said...

pandangan kita mmg berbeza. ana hanya memberikan peringatan dan nasihat supaya tiada kesulitan di kemudian hari.

A.M.azhari said...

betul3...
saya interview pun belum lagi...
apa disoal nanti?