pernah kena santau?
saya , alhamdulillah x pernah. tgk kt tv adalah..tgk depan mata pun x pernah. harap dilindungi dan dijauhi drpd kerja kurafat ini.
santau
Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
sumber wikipidea melayu.
kisah benar...
semasa sedang menjalani latihan praktikal di Kuala Kangsar pada tahun 2006 ketika itu sedang giatnya santau menyantau di kedai makan. setiap hari diceritakan ramai orang yang terkena santau apabila makan di kedai-kedai makan. Takut juga ketika itu sebab saya dan isteri mmg mkn masakan kedai. yelah cuba fikir.. peti sejuk tiada balik sekolah pun dah pukul 2.00 ptg , perut dah lapar.. kantin kul 12 pun dah xde makanan. maka kedailah jawabnye. kami bertanya hal ini kepada beberapa org ustaz...ramai sekolah ni ada 3 ustaz... sekolah kecik je pelajar 400 org je... semuanya menjawab sama je ...kita memohon pelindungan daripada ALLAH. amalkan ayat kursi dan surah 3 kul. pada masa itu memang kami amalkan. syukur pada ALLAH kami dilindungi.
dahulu kalau sampai ke kedai dlm pukul 2.20 ptg , apa yg ada? mmg sikit jelah lauk2 nya. lagi satu yg pelik di Kuala Kangsar. hari ni dan hari esok ambik lauk sama xpi harga lain2 ? mmg pelik. ingat ambik sayur rm 1 rupanya rm 2. tapi kalu kita mintak dia ambikkan sayur rm 1 kemain banyak sayur dia. mmg susahlah pada masa itu , maklumlah makan berbajet. akhirnya jumpa juga kedai yg harga tetap dan rasa puas hati. berhadapan dengan maybank kuala kangsar.
kalau utk masakan panas di belakang sekolah raja zarina( iye kot sbb sekolah perempuan).
tapi kedai-kedai ini juga x dapat lari dr santau...masa kes santau ini kalau pergi kedai makan waktu petang pun lauk mmg banyak sbb orang x berani mkn kat kedai. kami beli bungkus makan kat rumah. waktu malam kedai x bukak kecuali beberapa kedai sahaja.
lama juga santau ini kecoh ...sehinggalah ada satu majlis yg menyatakan Kuala Kangsar bebas dari santau... makan free ooo masa ini dr pagi sampai petang. tajaan pekedai2 makan Kuala Kangsar.
itulah kenangan manis dan pahit semasa santau di Kuala Kangsar
utk lebih info : >>>>>>>>http://penawar.com/santau.html
sumber gambar : http://exposemistik.files.wordpress.com/2009/02/santau.jpg
1 comment:
As reported by Stanford Medical, It is really the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh an average of 42 pounds lighter than us.
(Just so you know, it is not related to genetics or some secret-exercise and EVERYTHING related to "HOW" they are eating.)
P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...
CLICK this link to see if this short quiz can help you discover your true weight loss potential
Post a Comment