anak ku

Saturday, September 27, 2008

Pembayaran zakat online...


Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah melangkah setapak lagi kehadapan dalam menyediakan kemudahan pembayaran zakat di Malaysia dengan memperkenalkan kaedah membayar Zakat Fitrah secara Online. Melalui kaedah ini orang ramai boleh membuat bayaran zakat fitrah mereka walau di mana mereka berada tanpa melalui amil yang dilantik.

Kaedah ini sesuai untuk mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter-kaunter zakat maupun amil yang dilantik LZS di kawasan tempat tinggal mereka. Kadar minimum bayaran fitrah melalui pembayaran online ini adalah sebanyak 2 orang iaitu RM10.40. Akad bagi pembayaran online akan dipaparkan pada akhir transaksi tersebut. Untuk pengetahuan semua akad bagi pembayaran zakat adalah SUNAT sahaja. Pembayaran zakat sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta boleh dilakukan dengan niat ang betul tanpa melalui akad.

Untuk membuat bayaran Zakat Fitrah secara Online anda boleh klik di Link ini : BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

oleh PSZ...

No comments: